Impikan laman berkonsepkan Bali?

Monday, October 7, 2013

Zaman sekarang ramai yang mengimpikan taman berkonsepkan Bali. Permandangan yang cantik seperti berada di resort atau pusat peranginan. Jadi, bagi merealisasikan impian anda, UBAH WAKAF ANDA.

wakaf moden
_
||
||
V


Wakaf Ala-ala Bali


Kelebihan Alang-alang
  • Tahan lama dan kalis bocor.

  • Sangat ekslusif kerana mempunyai nilai eksotik yang tinggi.

  • Boleh bertahan sehingga 15 tahun bergantung kepada susun anyaman atap dan tidak mudah di makan anai-anai, bubuk..

    (Dipercayai tikus tidak berminat dengan lalang. Sesetengah burung mungkin berminat membuat sarang tetapi jika atap lalang diikat kemas, sukar bagi unggas membuat tempat tinggal)

  • Suhu di bawah bangunan yang dipasang dengan atap lalang akan menurun sehingga 10 hingga 15 selsius, bergantung kepada ketinggian bumbung kerana bahan berkenaan adalah penebat haba yang baik.

  • Atap ini lebih ringan dari bumbung genting.

  • Pemandangan yang sangat cantik dan kelihatan amat menarik pada bahagian dalam bumbung bangunan yang memasang atap lalang. Sekali pandang kediaman anda seakan resort ekslusif yang sering dilihat di kaca televisyen atau majalah pelancongan.

  • Ia boleh bertahan dengan tiupan angin ribut dan ini sudah terbukti melalui ujian peringkat penggunaan antarabangsa di tepi laut. Malah, atap boleh dipasang menggunakan paku atau diikat dengan tali buluh atau rotan (seperti ikatan atap nipah)

Alang-alang


Ingin tahu lebih lanjut tentang Alang-alang atau wakaf ala-ala Bali ini? Hubungi kami di sini untuk permandangan resort di taman anda.

0 comments:

Post a Comment

 
Landscape Construction © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions