Jenis - jenis rumput

Monday, September 23, 2013

Sering kita kaitkan landskap dengan kehijauan.. dan kehijauan yang paling menyeluruh dan major selalunya adalah kawasan berumput.. Untuk hiasan landskap, ada beberapa jenis rumput yang sering ditanam.


Rumput carpet / Philiphines grass / Zoysia

Namanya saja dah menggambarkan jenis rumput ini. Bila di tanam di laman, ia seperti carpet hijau yang terbentang di luar rumah.. memang cantik.. bagaimanapun ia memerlukan penjagaan rapi dan pencahayaan yang banyak.. sekiranya kawasan rumah luas dan kurang pokok-pokok teduhan, selalunya kita akan dapat hasil carpet hijau yang menarik.. Pemotongan rumput digalakkan sebulan sekali atau 3 bulan sekali.. Kaedah penanaman yang sering digunakan adalah secara closed turfing, kerana ia mudah membiak dalam waktu yang singkat.





Rumput lembu / Cow grass

Jenis rumput ini sangat tahan lasak. Ia banyak di tanam di akwasan padang bola atau tepi-tepi jalan. Bagamanapun pemotongan rumput perlu dilakukan lebih kerap sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.. Selain itu, ia memerlukan pencahayaan yang banyak.. Kaedah penanaman yang sering digunakan adalah secara spot turfing, kerana ia lambat tumbuh rapat sekiranya di tanam secara spot / sod.





Rumput Mutiara / Pearl grass

Sekali pandang rumput mutiara seakan-akan rumput cow grass. Perbezaannya, daun pearl grass ini lebih pendek dan warna hijaunya seakan berkilat dan lebih cantik.. dari segi penjagaan, ia tidak memerlukan pemotongan rumput yang kerap, cukup sekadar trimming halus di bahagian pucuk.. ia juga tidak tahan pada kepanasan yang kerap..Jadi ia sangat digalakkan di tanam dikawasan yang redup.







Berminat untuk melihat kehijauan di rumah anda, hubungi / email kami di sini untuk mendapatkan harga istimewa..

0 comments:

Post a Comment

 
Landscape Construction © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions