SOLUTION FOR YOUR GARDEN!!!

Rumput Tiruan / Artificial Turf / Synthetic Grass

Sunday, October 12, 2014

Taman cantik yang sentiasa hijau memang menjadi idaman semua orang.. Tak kira di rumah, tempat kerja, kilang, padang, taman awam atau di mana-mana saja.. Cuma kekangan masa membuatkan kita tak dapat merealisasikan impian kita..

Kini, ia bukan masalah lagi.. Kami di SPJ ada penyelesaiannya.. Pilihan rumput tiruan atau artificial grass dapat membantu anda mendapat taman impian.. ia tahan lebih lama, tidak memerlukan penyelenggaraan dan penyelesaian yang bergaya untuk taman, balkoni atau roof top anda..

Menggunakan rumput tiruan juga adalah pilihan yang bijak kerana ia memerlukan penyelenggaraan yang minimum, menjadikan ia tidak perlu untuk memotong, memangkas atau subur. Ia juga mesra alam kerana tidak ada keperluan untuk racun perosak berbahaya dan ia tidak memerlukan apa-apa air, yang membantu menjimatkan air juga.





Artificial grass

Antara kelebihan menggunakan rumput tiruan adalah:
  • Tahan lama dan warna tidak pudar dengan mudah..
  • Tahan hujan dan panas
  • FREE maintenance.
  • Alternatif yang sesuai di kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang sedikit atau tiada langsung.
  • Sentiasa hijau dan tiada masalah lumpur
  • Lembut dan selamat untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
  • Jaminan 8 tahun ketahanan warna5

Ingin tahu lebih lanjut tentang Rumput tiruan atau Artificial grass? Hubungi kami di sini untuk kehijauan yang kekal di taman anda.


Loropetalum chinensis

Sunday, October 13, 2013

Sejak kebelakangan ramai yang gemarkan Loropetalum ni di taman mereka.. Warna daunnya yang ala-ala campuran purple dan maroon memang memberikan kelainan dalam taman.. Bunganya seperti bunga rampai berwarna pink pekat sangat menarik.. 

Penggunaannya dalam lanskap sangat luas:
  • Pagaran / hedges
  • Boleh di trim menjadi bonsai, dan harganya agak mahal..
  • Boleh ditanam di dalam pasu..

Loropetalum meriah dengan bunganya

Zoom in Loropetalum

Loropetalum dalam pasu
Macam-macam bentuk dan cara tanam Loropetalum

Loropetalum transform to bonsai

Ubahsuai taman di Kota Kemuning

Client kami kali ini dari Kota Kemuning.. Masalah mereka adalah rumput.. Dimana rumput carpet yang telah di tanam sebelum ni, tak memberikan kehijauan dan kecantikan taman.. Rumput menjadi kuning dan mati... Cadangan saya adala menukar rumput yang sedia ada kepada Rumput Mutiara @ Pearl grass... Ini kerana keadaan sekeliling yang redup lebih sesuai dengan pearl grass.. Boleh baca disini untuk penerangan lebih detail..

Sebelum
Selepas
Sebelum
Selepas

Beberapa penambahan shrub dan water feature untuk memberikan imej baru pada taman.. Hasilnya sangat memuaskan hati tuan rumah..

Jika anda impikan laman seperti ini, hubungi kami untuk perkhidmatan landskap yang terbaik.


www.spjlandscapeconstruction.com

Impikan laman berkonsepkan Bali?

Monday, October 7, 2013

Zaman sekarang ramai yang mengimpikan taman berkonsepkan Bali. Permandangan yang cantik seperti berada di resort atau pusat peranginan. Jadi, bagi merealisasikan impian anda, UBAH WAKAF ANDA.

wakaf moden
_
||
||
V


Wakaf Ala-ala Bali


Kelebihan Alang-alang
  • Tahan lama dan kalis bocor.

  • Sangat ekslusif kerana mempunyai nilai eksotik yang tinggi.

  • Boleh bertahan sehingga 15 tahun bergantung kepada susun anyaman atap dan tidak mudah di makan anai-anai, bubuk..

    (Dipercayai tikus tidak berminat dengan lalang. Sesetengah burung mungkin berminat membuat sarang tetapi jika atap lalang diikat kemas, sukar bagi unggas membuat tempat tinggal)

  • Suhu di bawah bangunan yang dipasang dengan atap lalang akan menurun sehingga 10 hingga 15 selsius, bergantung kepada ketinggian bumbung kerana bahan berkenaan adalah penebat haba yang baik.

  • Atap ini lebih ringan dari bumbung genting.

  • Pemandangan yang sangat cantik dan kelihatan amat menarik pada bahagian dalam bumbung bangunan yang memasang atap lalang. Sekali pandang kediaman anda seakan resort ekslusif yang sering dilihat di kaca televisyen atau majalah pelancongan.

  • Ia boleh bertahan dengan tiupan angin ribut dan ini sudah terbukti melalui ujian peringkat penggunaan antarabangsa di tepi laut. Malah, atap boleh dipasang menggunakan paku atau diikat dengan tali buluh atau rotan (seperti ikatan atap nipah)

Alang-alang


Ingin tahu lebih lanjut tentang Alang-alang atau wakaf ala-ala Bali ini? Hubungi kami di sini untuk permandangan resort di taman anda.

Railway sleepers / Kayu keretapi

Friday, September 27, 2013

Harganya sekeping kayu landasan keretapi ini semakin mahal di pasaran.. namun ia tetap mendapat sambutan hangat, terutamanya di kalangan pemilik kediaman mewah.. keindahan kayu ini terletak pada permukaan kayu bertekstur kasar.. kesan mamahan cuaca panas dan hujan bertahun-tahun lamanya menjadikan kayu ini bertukar rupa secara semulajadi.. bentuk rustik yang diserlahkan panel kayu inilah yang menjadikannya cukup istimewa..





Penggunaanya dalam landskap

Dengan kreativiti masing-masing, kayu keretapi atau railway sleepers ini bukan hanya di jadikan laluan pejalan kaki (walkway).. Ia juga boleh dijadikan pagar kayu yang rustik.. Selain itu, ia juga boleh dijadikan kerusi taman.



Ingin tahu lebih lanjut tentang Railway sleepers / Kayu keretapi? Hubungi kami di sini untuk kehijauan yang kekal di taman anda.

Jenis - jenis rumput

Monday, September 23, 2013

Sering kita kaitkan landskap dengan kehijauan.. dan kehijauan yang paling menyeluruh dan major selalunya adalah kawasan berumput.. Untuk hiasan landskap, ada beberapa jenis rumput yang sering ditanam.


Rumput carpet / Philiphines grass / Zoysia

Namanya saja dah menggambarkan jenis rumput ini. Bila di tanam di laman, ia seperti carpet hijau yang terbentang di luar rumah.. memang cantik.. bagaimanapun ia memerlukan penjagaan rapi dan pencahayaan yang banyak.. sekiranya kawasan rumah luas dan kurang pokok-pokok teduhan, selalunya kita akan dapat hasil carpet hijau yang menarik.. Pemotongan rumput digalakkan sebulan sekali atau 3 bulan sekali.. Kaedah penanaman yang sering digunakan adalah secara closed turfing, kerana ia mudah membiak dalam waktu yang singkat.





Rumput lembu / Cow grass

Jenis rumput ini sangat tahan lasak. Ia banyak di tanam di akwasan padang bola atau tepi-tepi jalan. Bagamanapun pemotongan rumput perlu dilakukan lebih kerap sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.. Selain itu, ia memerlukan pencahayaan yang banyak.. Kaedah penanaman yang sering digunakan adalah secara spot turfing, kerana ia lambat tumbuh rapat sekiranya di tanam secara spot / sod.





Rumput Mutiara / Pearl grass

Sekali pandang rumput mutiara seakan-akan rumput cow grass. Perbezaannya, daun pearl grass ini lebih pendek dan warna hijaunya seakan berkilat dan lebih cantik.. dari segi penjagaan, ia tidak memerlukan pemotongan rumput yang kerap, cukup sekadar trimming halus di bahagian pucuk.. ia juga tidak tahan pada kepanasan yang kerap..Jadi ia sangat digalakkan di tanam dikawasan yang redup.







Berminat untuk melihat kehijauan di rumah anda, hubungi / email kami di sini untuk mendapatkan harga istimewa..

Tanaman memanjat atau menjalar menjadi penghias pergola

Friday, September 13, 2013

Selalu kita lihat pergola dibina dan kosong sahaja tanpa hiasan tumbuhan.. Nampak kosong dan keras.. Mungkin kita boleh memberi kelainan pada pergola di taman anda.. Caranya lahirkan kreativiti dengan tanaman memanjat atau menjalar.. ia bukan saja mencantikkan, malah ada sesetengah tanaman yang mempunyai bau yang harum dan dapat memberikan wangian pada taman anda..

Ada beberapa tanaman memanjat atau mejalar yang ingin saya kongsikan:

Passiflora laurifolia

Thunbergia

Tristellateia australasiae

Untuk lain-lain tanaman menjalar, saya akan kongsikan lagi nanti.. Ingin mendapatkan tanaman menjalar ini untuk menghias taman anda, hubungi kami di sini.

 
Landscape Construction © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions